Tahun ni adalah tahun ke enam saya
bekerja. Alhamdullilah rezeki saya masih di sini dan mungkin akan terus di
sini. Kawan saya adalah lingkungan kawan-kawan pejabat sahaja. Saya tak ramai
kawan. Dan tidak pandai buat kawan apatah kawan istimewa. Hehehe. ( walaupun
hati saya baru pulih dari kecederaan setelah mengubati lebih setahun. Nnt kita
cerita dalam bab lain yer). Ramai yang kata saya ni kaya dengan kasih sayang.
Melimpah ruah sebab tak tau nak salur ke mana. Penyayang la tu maksudnya. Saya
sangat suka bekerja di tempat saya sekarang. Hubungan kami di pejabat sudah
seperti keluarga yang besar. Saya gembira apabila bekerja. Tapi tak semua orang
suka dengan suasana begitu. Ada masalah jiwa gamaknya. Tapi kami semua layan
sama je. Mau join atau tidak suka hati lah. Kadang kita stress apabila bekerja
kan. Tengok orang buat kerja stress kita pun turut sama stress. Nak tolong tak
tau macam mana. Hari-hari mengeluh kerja banyak. Saya pun mengeluh juga tapi
mengeluh kerja tarak. Hahaha. Masa tu orang tak percaya saya boleh buat kerja.
Sedangkan sebelum mereka datang saya dah buat kerja-kerja tu semua. Dulu kami
berdua sahaja. Boleh setel semua kerja walau bukan yang terbaik.. Katanya saya
ni emergency buton sahaja. Sedih kan. Takpelah kerja saya hari-hari melepak
sahaja. Dulu lah. Sekarang pun ade lah masa untuk melepak dan masa bekerja.
Seimbang lah kedua-duanya. Berbalik pada cerita saya tak punya ramai kawan
tadi. Saya ada seorang kawan baik Eh dua orang sebenarnya. Sorang laki dan
sorang perempaun. Kami satu kepala. Tapi saya lebih diam berbanding mereka
berdua. Tapi kami boleh pergi. Sebab saya yang tua kot. Saya lebih suka
mendengar tapi kadang-kadang saya banyak cakap juga. Say selalu dalam delema
kalau masuk bab nak menasihati adik-adik saya nih. Saya dah anggap dorang macam
adik sendiri sebenarnya. Saya takut dorang tersinggung pulak atau anggap saya
ni suka masuk campur hal dorang. Selalunya hal peribadi lah. Sebab yang
perempuan nih dia lebih banyak pengalaman ( hal lelaki terutamanya ) dan die
seorang yang pemarah dan selalu naik angin. Tapi bersebab lah. Giler lah nak
marah orang tak tentu pasal. Saya selalu ingat kan die jangan marah-marah
selalu. Nak ke nnt kene bawa bekal ubat pergi mana-mana. Masa tu insaf la kot sekejap. Pastu die buat
balik. Hehehe. ‘Kawan baik’ nak datang. ( sama la dengan kite )
No comments:
Post a Comment