Fuhhh. Perasan nih selalu datang
dalam diri saya terutama setiap kali ‘kawan baik’ nak datang. Adoi susah jadi
perempuan nih.Susahnya mengawal marah lebih susah dari tak makan berhari-hari.
Hahha bagus tak perumpamaan tuh. :P . Entah lah ek saya sorang je ke yang alami
perasan macam ni ke semua perempuan akan rasa benda yang sama setiap bulan.
Penat pikir lah. Saya rasa macam tak secure lah. Sebab tiba-tiba rasa cemburu
meluap-luap tanpa sebab. Pehal lak saya nak jeles kan. Adoi. Dulu lagi teruk.
Sampai tak bercakap, menangis2. Sedih betul. Rasa nya tak perlu lah saya cerita
saya cemburu kat sapa, cukuplah sekadar saya kata memang tak masuk akal a.k.a
manja no pulak hai. Faktor umur juga mungkin memainkan peranan. Sekarang saya
dah boleh kawal sikit lah kemarahan dan kecemburuan tuh. Kurang lah. Tapi
kadang2 die datang jugak. Dulu semuanya tak masuk akal dan lama pulak tu tapi
skang marah, sebab ade orang yang buat saya marah dan tidak berpanjangan pun.
Alhamdulilah. Saya jenis tak suka dipujuk sebab nanti saya akan sedih dan
menangis. Kawan-kawan saya tau lah dorang akan biar saya cool sendiri. Dan
kemudian saya ok. Saya sangat tak suka bila perasan nih datang. Sebab dia
datang tidak bersama dengan fikiran yang rasional. Tu yang payah. Saya tak suka
suasana yang orang marah sana sini setiap masa. Saya jadi rimas. Baik la
kononnya.Hehhehe. Tapi serius saya memang tak suka suasana tu. ( Tapi kalau
saya marah tak pe. Sebualan sekali je kan). Itu cabaran yang sangat besar bagi
saya. Tak apa lah saya hendak berfikiran positif sahaja. Saya percaya lama-lama
perasan itu akan hilang. Doa saya pada tuhan jauhkan saya dari perbuatan yang
sia-sia. Saya mahu menikmati hidup dengan baik tanpa membuat orang lain marah
atau saya yang marah. Aaminn.
No comments:
Post a Comment