Friday 22 February 2013

Kerja oh kerja





Tahun ni adalah tahun ke enam saya bekerja. Alhamdullilah rezeki saya masih di sini dan mungkin akan terus di sini. Kawan saya adalah lingkungan kawan-kawan pejabat sahaja. Saya tak ramai kawan. Dan tidak pandai buat kawan apatah kawan istimewa. Hehehe. ( walaupun hati saya baru pulih dari kecederaan setelah mengubati lebih setahun. Nnt kita cerita dalam bab lain yer). Ramai yang kata saya ni kaya dengan kasih sayang. Melimpah ruah sebab tak tau nak salur ke mana. Penyayang la tu maksudnya. Saya sangat suka bekerja di tempat saya sekarang. Hubungan kami di pejabat sudah seperti keluarga yang besar. Saya gembira apabila bekerja. Tapi tak semua orang suka dengan suasana begitu. Ada masalah jiwa gamaknya. Tapi kami semua layan sama je. Mau join atau tidak suka hati lah. Kadang kita stress apabila bekerja kan. Tengok orang buat kerja stress kita pun turut sama stress. Nak tolong tak tau macam mana. Hari-hari mengeluh kerja banyak. Saya pun mengeluh juga tapi mengeluh kerja tarak. Hahaha. Masa tu orang tak percaya saya boleh buat kerja. Sedangkan sebelum mereka datang saya dah buat kerja-kerja tu semua. Dulu kami berdua sahaja. Boleh setel semua kerja walau bukan yang terbaik.. Katanya saya ni emergency buton sahaja. Sedih kan. Takpelah kerja saya hari-hari melepak sahaja. Dulu lah. Sekarang pun ade lah masa untuk melepak dan masa bekerja. Seimbang lah kedua-duanya. Berbalik pada cerita saya tak punya ramai kawan tadi. Saya ada seorang kawan baik Eh dua orang sebenarnya. Sorang laki dan sorang perempaun. Kami satu kepala. Tapi saya lebih diam berbanding mereka berdua. Tapi kami boleh pergi. Sebab saya yang tua kot. Saya lebih suka mendengar tapi kadang-kadang saya banyak cakap juga. Say selalu dalam delema kalau masuk bab nak menasihati adik-adik saya nih. Saya dah anggap dorang macam adik sendiri sebenarnya. Saya takut dorang tersinggung pulak atau anggap saya ni suka masuk campur hal dorang. Selalunya hal peribadi lah. Sebab yang perempuan nih dia lebih banyak pengalaman ( hal lelaki terutamanya ) dan die seorang yang pemarah dan selalu naik angin. Tapi bersebab lah. Giler lah nak marah orang tak tentu pasal. Saya selalu ingat kan die jangan marah-marah selalu. Nak ke nnt kene bawa bekal ubat pergi mana-mana.  Masa tu insaf la kot sekejap. Pastu die buat balik. Hehehe. ‘Kawan baik’ nak datang. ( sama la dengan kite )

CEMBURU + CEPAT MARAH = PERASAAN TIDAK DIUNDANG.





Fuhhh. Perasan nih selalu datang dalam diri saya terutama setiap kali ‘kawan baik’ nak datang. Adoi susah jadi perempuan nih.Susahnya mengawal marah lebih susah dari tak makan berhari-hari. Hahha bagus tak perumpamaan tuh. :P . Entah lah ek saya sorang je ke yang alami perasan macam ni ke semua perempuan akan rasa benda yang sama setiap bulan. Penat pikir lah. Saya rasa macam tak secure lah. Sebab tiba-tiba rasa cemburu meluap-luap tanpa sebab. Pehal lak saya nak jeles kan. Adoi. Dulu lagi teruk. Sampai tak bercakap, menangis2. Sedih betul. Rasa nya tak perlu lah saya cerita saya cemburu kat sapa, cukuplah sekadar saya kata memang tak masuk akal a.k.a manja no pulak hai. Faktor umur juga mungkin memainkan peranan. Sekarang saya dah boleh kawal sikit lah kemarahan dan kecemburuan tuh. Kurang lah. Tapi kadang2 die datang jugak. Dulu semuanya tak masuk akal dan lama pulak tu tapi skang marah, sebab ade orang yang buat saya marah dan tidak berpanjangan pun. Alhamdulilah. Saya jenis tak suka dipujuk sebab nanti saya akan sedih dan menangis. Kawan-kawan saya tau lah dorang akan biar saya cool sendiri. Dan kemudian saya ok. Saya sangat tak suka bila perasan nih datang. Sebab dia datang tidak bersama dengan fikiran yang rasional. Tu yang payah. Saya tak suka suasana yang orang marah sana sini setiap masa. Saya jadi rimas. Baik la kononnya.Hehhehe. Tapi serius saya memang tak suka suasana tu. ( Tapi kalau saya marah tak pe. Sebualan sekali je kan). Itu cabaran yang sangat besar bagi saya. Tak apa lah saya hendak berfikiran positif sahaja. Saya percaya lama-lama perasan itu akan hilang. Doa saya pada tuhan jauhkan saya dari perbuatan yang sia-sia. Saya mahu menikmati hidup dengan baik tanpa membuat orang lain marah atau saya yang marah. Aaminn.

SEMANGAT SANG SEMUT.





Hmmm... taktau nape nak tulis pasal semut pulak. Hehhe.. Ok kalau nak tau mak saya tak boleh tengok semut. Mesti die nak tenyeh2 kasi mati. Hehhee.. sebab bg die semut nih pengacau jek. Sian semut tuh. Sy pun kadang2 terikut gak ngan perangai mak saya. Tapi hari ni tanggapan saya berubah terhadap sang semut nih. Hari saya mak dan adik tido di rumah baru kami. Hari ni dah hari kedua dah. Sekarang musim hujan so rumah lama kami air sudah masuk lagi. Dah macam rancangan Bersama MU KAT TV TUH.. HUHUH. Giler sedih. Rumah nih dah lama siap tapi ade masalah sket so blom boleh duduk. Tapi bila mak saya dah bersungut tak tahan sejuk kami pun pindah ke rumah baru. Bukan jauh pun sebelah jek. Hehehhehe. Kami bawak lah segala maknikam barang keperluan nak tido nih. Bantal, selimut, ubat nyamuk. Nasi pun bawak sbb kat sini blom boleh masak. 

Maka bermulalah episod baru kehidupan kami. So apa kaitannya dengan semut. Hah, kaitannya ade semut lah kat rumah baru. Hehehehe.. saya nampak sebarisan panjang semut kat dinding. Wahhh ni kalo mak nampak nih habis nih.. Sayang rumah baru katakan. Habis comot dinding. Heehehhe.. Rupenya ade butiran2 nasi cicir kot. Lalu dihurungi oleh semut. Saya mula berfikir nak buat ape nih. Saya mule menenyeh semut yg ade di lantai. Hah mati kau. Dengan tak semena-mena semut yang di dinding buat pusingan u turn. Hebat kan. Tapi x semua la. Saya peratikan betul2. Rupenye dorang bg isyarat guna sesungut dorang. Saya pernah terbaca artikel mengenai semut sebelum ini. Bile dorang bertembung sesama dorang masa tulah isyarat diberikan. Agaknya dorang bgtau bahaya di depan. Hahhaaha.Pastu dorang pun uturn cari tempat selamat agaknye.. Bagus kan dorang. Semangat berpasukan yang sangat tinggi. Cube kalau kite manusia berperangai seperti itu. Pasti kita hebat kerana semangat berpasukan kita hebat. Tapi manusia nih dengan sifat dengki khianat tak habis2 kan. Tak boleh orang lebih sket. Mulelah buat cerita itu ini tak betul.

Wednesday 20 February 2013

GARAM DAN LALAT




“ Jika tidak mampu menjadi garam yang memasinkan ikan, jangan jadi lalat yang membusukkannya. Jika tidak dapat mengucapkan perkataan yang baik, banyakkan diam. Jika dirasakan memberi nasihat terlalu berat, cukuplah menghulurkan doa dan munajat ”

Saya sangat terkesan dengan kata-kata di atas. Saya tak nak jadi lalat. Kotor lah. Tapi mampukah saya jadi garam?? Insha Allah. Kalau kita usaha mesti ada jalan kan. Saya selalu ingatkan diri saya supaya lebih mendiamkan diri dari berkata-kata. Takut orang sakit hati pulak. Tapi kadang-kadang terbabas juga, kita ni manusia kan. 

Sebab nak jadi baik ni bukan senang. Banyak halangan dan dugaan yang terpaksa dilalui, tapi cuba kalau nak jadi jahat. Senang saja. Takut orang mengata lah, takut hilang kawanlah, bla bla bla….. Tapi sebenarnya mau atau tidak pilihan terletak di tangan kita sama ada mau yang baik atau tidak. Tepuk dada Tanya iman.

Tiba-tiba saya teringat cerita salah seorang kawan saya pagi tadi. Dunia nak kiamat sangat dah ni saya rasa. Sebab mereka ni dah takde perasaan malu untuk ceritakan dan berkongsikan perkara yang buruk yang mereka buat. Dengan perasaan bangga pulak tu. Dengan telinga ni saya dengar. Huh. Malunya saya masa tu. Hati saya terdetik adakah semua lelaki berperangai sebegitu? Yang bujang sudah tentu, yang dah berumahtangga pun sama naik jugak. Astagfirullah. Kesian isteri yang setia di rumah. Saya yang masih belum berumah tangga ni selalu berdoa jauhkanlah dari mereka-mereka yang membawa kepada kesesatan. Saya terus angkat kaki dari situ. Siapalah saya untuk menasihatkan mereka. Saya ambil balik kata-kata di atas “Jika dirasakan memberi nasihat terlalu berat, cukuplah menghulurkan doa dan munajat”. Saya hanya mampu berdoa agar mereka diberikan hidayah oleh Allah.

Inilah catatan saya untuk hari ini. Semoga dapat dijadikan iktibar kepada semua. Allah melihat apa yang kita lakukan. Saya menulis atas apa yang saya rasa dan apa yang saya lihat. Harap tidak mengguris hati sesiapa.

hahahahahahha....